logo

Yang Pergi Tetap Pergi…

logo

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

salam sejahtera buat semua…

2008 sudah menuju ke penghujung… sudah pasti akan bermain di benak kita antaranya; raya puasa baru lagi rasanya, dah masuk raya korban, dah pula nak habis tahun… azam yang di rencana tak berapa nak tercapai lagi, takkan dah kena berazam baru pulak, apa jadi ni!? tak habis-habis berazam dengan azam baru yang tak tercapai-capai setiap tahun… yang bujang mungkin dengan perancangannya, yang berkahwin juga… yang ada anak sudah pasti akan pening kepala dengan persiapan dari segala segi, mental fizikal malah juga material…

apa yang pasti, semuanya berlalu dengan begitu pantas tak ubah seperti mimpi… namun alangkah indahnya jika mimpi itu dapat kita rencanakan perjalanannya… dengan erti yang lain, semuanya berjalan seperti apa yang kita inginkan, tidak ada cacat cela dan tertangguh di tengah jalan…

dalam kehidupan kita di atas muka bumi ini sebagai khalifah Allah, apa juga azam mahupun perancangan, biarlah semua perancangan itu akan mencapai dan berakhir kepada 3 asas utama iaitu:

  1. dunia & akhirat
  2. bukan berkepentingan peribadi
  3. memberi manfaat dan kebaikan  selama-lamanya…

mungkin nampak begitu mudah untuk dilaksanakan… tetapi cuba kita renungkan kembali sepanjang tahun 2008, 2007, 2006 sehinggalah dari mula kita matang dan tahu erti kehidupan ini, berapa banyakkah sumbangan kita kepada agama, bangsa dan juga tanah air?!… malah kepada diri kita sendiri, berapa banyakkah kebaikan yang berbentuk pengabdian dan pengibadahan kita kepada Allah atau berapa banyakkah kemungkaran dan kefasadan yang kita lakukan sehingga mendapat kemurkaan-Nya pernah kita lakukan!?…kita sendiri yang tahu dan dapat menilainya… dan kita juga sendiri yang mungkin telah mendapat laba ataupun kerugian kepada saham bekalan kita untuk berada di hadapan-Nya di akhirat nanti…

yang pergi tetap pergi… kita mungkin sudah beruntung ataupun semakin merugi… 2009m? 1430h? biarlah datangnya dengan penuh bersinar, menyuluh hati dan sanubari, agar kita sentiasa melalui hari di hadapan dengan dipandu oleh setiap sejarah masa silam!!!

3 Responses to “Yang Pergi Tetap Pergi…”

  1. rezwanrazali says:

    tahniah. teruskan usaha. bawalah ‘bekal’ banyak2.

  2. rezwanrazali says:

    cadangan…
    1. tunjuk jalan mudah ke arah Al-Qur’an dan menarik minat
    2. sertakan bacaan sekali
    3. sertakan hukum tajwid.. mudah utk kegunaan guru2
    4. kalu buleh… sertakan khat yang cantik sekali – mana tau kegunaan utk pembaca..
    5. asbab nuzul jangan lupa..
    6. kegunaan ayat al-Qur’an dalam perubatan.. tak kira la ubat zahir ke batin (jin dsbnya) ke..

    Semoga manafaatnya untuk semua.. :cool:

  3. admin says:

    insya Allah akan diusahakan ke arah itu… terima kasih di atas pendapat dan pandangan…

Leave a Reply

logo
logo
Powered by Pakej Blog Wordpress | In Collaboration With KomenEbook.com