logo

Wangi & Ular

logo

al-Imam al-Ghazzali pernah menceritakan satu kisah – di mana seorang lelaki yang terlalu kasihkan pada anaknya telah membina sebuah istana untuk si anak di puncak sebuah bukit yang dilitupi dengan rumput rampai yang wangi baunya. Beliau juga telah mengamanahkan kepada anaknya supaya jangan membuang rumput rampai itu dari istana tersebut di sepanjang hayatnya. Di saat-saat akhir sebelum kematiannya, beliau berkata kepada anaknya: “Ingatilah ketika kamu tinggal di istana ini tidak kira siang ataupun malam, pastikanlah juga semua rumput yang ku tanamkan itu tetap tumbuh menghidup”.

Selepas kematian bapanya, si anak telah menambahkan lagi dengan tanaman lain yang wangi baunya seperti setanggi, anbar dan kasturi. Dengan demikian, penuhkah ruang istananya dengan tanam-tanaman yang wangi semerbak. Bau rumput rampai yang ditanam oleh bapanya seolah-olah ditenggelami atau hilang kerana kuatnya bau tanaman baru itu. Lantas dia pun berkata: “Oh! bapaku yang mewasiatkan padaku supaya memelihara rumput rampai tersebut; adalah kerana baunya yang wangi semata-mata. Oleh kerana pokok-pokok baru yang ditanam itu telah dapat memenuhi maksud tersebut, maka wajarlah aku membuang (rumput rampai) dari istana ini. Lagipun ianya tidak lain tidak bukan hanya mencacatkan pemandangan sahaja”.

Apabila rumput rampai itu dibuang, tiba-tiba keluar seekor ular yang sangat besar lalu dibunuhnya. Lantas dia telah sedar perbuatannya itu, tetapi kesedaran itu sudah tidak memberi apa-apa erti lagi. Betapa rumput rampai yang ditanam bapanya mempunyai hikmat tertentu iaitu untuk menghalang kedatangan ular besar yang berbisa itu.

Keadaan sedemikian mungkin pernah berlaku di dalam kehidupan kita. Keputusan terburu-buru tanpa diimbangi dengan ketajaman akal, penguasaan ilmu dan kesan di kemudian hari, sudah pasti akan memberi kemudaratan dan kekesalan yang takkan berkesudahan. :)

Leave a Reply

logo
logo
Powered by Pakej Blog Wordpress | In Collaboration With KomenEbook.com