Bilangan Ayat
Bilangan Kalimah
Bilangan Huruf
Seperti yang dijelaskan sebelum ini, satu huruf akan diganjari sebanyak sepuluh kebaikan, jika dihitung, setelah membaca al-Baqarah sudah pasti dengan izin Allah s.w.t. kita akan beroleh lebih dari 255 ribu ganjaran pahala ; tetapi artikel ini dan seterusnya bukanlah bertujuan untuk kita mengira sebanyak mana yang akan kita perolehi apabila kita mengetahui bilangan ayat, kalimah ataupun huruf di dalam sesuatu surah, kerana persoalan dosa dan pahala adalah dengan kehendak Allah s.w.t. jua. Begitu juga tentang ganjaran pahala bacaan al-Quran adalah berlainan mengikut keadaan seperti bacaan tanpa wudhuk, dengan wudhuk, di dalam sembahyang, bacaan secara berjemaah dan lain-lain keadaan.
Tujuan utama disiarkan dan dikongsi bersama adalah untuk kita menyedari betapa rahmat dan ganjaran Allah adalah tidak terhitung merentasi segalanya. Dan semoga kita semakin ingin mendekati, malah membudayakan bacaan al-Quran di mana-mana jua tempat dan keadaan. Alhamdulillah, dengan kemudahan teknologi yang kita ada hari ini, kita dapat belajar, membaca dan mendengar al-Quran di mana-mana tempat kita berada. Kaset, cd, dvd, audio, video, mp3, mp4 dan segala macam medium lagi… Tak terhitung… cuma persoalan penting yang perlu kita atasi adalah; adakah kita ingin ataupun tidak?! sebenarnya… Berebut-rebut dan bersegeralah…
Alhamdulillah. bersambung jugak blog ni sikit2. tapi kalau ada cerita asbab nuzul sikit lagi cantik. Bukan apa, perangai manusia ni kalau stakat ajak dan suruh baca Quran, mmg mulut kata ya, tapi tgn dan mulut tak jugak bergerak ambik dan baca. Stakat jawapan YA je la.
Mungkin kalau ada cerita tu… boleh menambah ilmu pengetahuan dorang. Lagipun manusia suka bab crita2 ni. Cerita sang kancil pun untung beribu RM.
Mgkin blog ni blh dijadikan bahan rujukan. Biodata empunya blog kna updatekan lagi. Zaman sekarang ni orang akan tanya siapa penulis. Kalau stakat lulusan kedai kopi, cakapla bab ekonomi, IT, apa pun, orang akan ‘juih’ mulut je.. sapa2 pun ‘tak heran’. tapi kalau staraf doktor itu ini,,, cakap pasal minum kopi, makan sayur atau lebih mudah ‘jual air liur’ pun kena bayar sampai beribu.
Kena seimbangkan dgn zaman… bukan kita nak berbangga dengan kelulusan yang ada, tetapi agar menyenangkan orang lain menjadikan bahan penulisan kita sebagai rujukan.
Kita faham niat untuk bangsa dan agama. Tapi masalahnya orang lain yang tak faham. Mereka mau jugak tahu kelulusan dan pengalaman kita.
Sekian. Terima Kasih.
terima kasih atas respon… sebenarnya banyak yang akan di utarakan, tetapi akibat kekangan masa, beberapa perkara tidak dapat lagi di paparkan… tentang asbab al-nuzul dll, akan diletakkan di dalam kategori masing-masing, seperti contoh asbab al-nuzul sendiri, ianya terletak di dalam disiplin ilmu Ulum al-Quran, bilangan ayat di dalam al-Fawasil dsb…