Alhamdulillah, segala puji bagi Tuhan pencipta alam…
Setelah agak lama bercuti, dengan izin Allah s.w.t., kesihatan dan kesembuhan telah diberikan kepada saya. Insya Allah diharapkan semua perancangan akan berjalan seperti yang telah dirangkakan, dari segala aspek…
Walaupun dah hampir sebulan kedua-dua tahun tersebut telah berlalu, saya kira mungkin tidak lewat lagi untuk saya ucapkan salam Ma’al Hijrah dan juga selamat tahun baru Masihi untuk pembaca sekelian. Setiap masa yang telah berlalu dan juga akan mendatang, sebenarnya memberi makna yang mendalam jika kita mengerti dan memahaminya. Dari aspek diri, mungkin kita akan mulakannya dengan seribu macam azam yang diharap akan memberi kebaikan dan pemulihan kepada perkembangan diri. Dari aspek kehidupan sosial bersama pula, mungkin diharapkan dengan kehadiran kedua-dua tahun baru ini akan memberi ruang dan peluang kepada kita untuk menonjolkan prestasi diri. Dan apa yang penting sekali sepatutnya kita fikirkan bersama, dari aspek kedua-dua kehidupan duniawi dan ukhrawi (jalan kita menuju akhirat), apakah telah cukup segala amalan yang kita lakukan sehingga kini untuk kita bawa ke sana nanti?! Masa yang telah berlalu juga memberi makna kehidupan di sana semakin dekat dan hampir kepada kita!!…
Allah s.w.t. di dalam surah al-’Asr telah pun bersumpah dengan masa pada ayat yang pertama, dituruti dengan ayat kedua yang menggambarkan kepada kita betapa ruginya manusia kerana kegagalan mereka menjaga amanah kesempurnaan mengawalselia peredaran masa dalam kehidupan. Pentingnya masa dan disiplin terhadapnya adalah kerana ianya tidak akan kembali, dan setiap detiknya seumpama emas jika kita memahami peringatan dari Allah di dalam surah tersebut.
Setelah hampir sebulan berlalu juga patut dijadikan muhasabah diri kepada kita, apakah segala perencanaan telah berjalan seperti yang kita inginkan sebagaimana pada hari pertama di awal tahun… juga patut kita jadikan muhasabah, apakah diri kita semakin berkualiti dari segala aspek berbanding hari-hari yang sudah…
Sama-samalah kita berpesan dalam/dengan kebenaran dan berpesan-pesan dalam/dengan kesabaran…

salam ust. dah sihat betul ke?
alhamdulillah, sepenuhnya tak lagi, tapi dalam 80-90% tu sudah… tinggal lagi parut2 yang mungkin makan masa lama jugak…
im waiting for the next posting..huhu. ustaz ana bagi cadangan kalau ustaz buat ruangan tafsir ok jugak..
kesibukan nampaknya tak mengizinkan lagi utk tambah baik pengisian di sini… kerja wajib di pejabat sememangnya sentiasa ada, ditambah lagi dengan kerja part time… kebetulan juga semenjak dua ni banyak pc dan laptop rosak yang perlu diperbaiki dan disiapkan… kasihan juga jika ditangguhkan… tentang tafsir, insya Allah… saya juga sentiasa mengharapkan sumbangan artikel malah apa jua bahan ilmiah untuk dikongsikan di sini… jangan bimbang, saya akan kreditkan bahan tu kepada si empunya…