logo

Panduan Umum Menghafaz al-Quran

logo

Berikut adalah beberapa panduan umum yang perlu dilakukan semasa menghafaz al-Quran:

  • Niat yang suci dan ikhlas, kerana menjaga kemuliaan agama, tanpa sebarang rasa terpaksa.
  • (Amalkan) hafazan dengan doa sebelum menghafaz dan sudahi dengan doa selepas menghafaz. (akan diposkan pada artikel akan datang)
  • Sunat dilakukan solat sunat memohon kepada Allah akan pertolongan dan juga kemudahan.
  • Jangan mencampuradukkan hafazan dengan tilawah (terutama yang baru memulakan hafazan al-Quran)
  • Sebelum memulakan hafazan, sebaik-baiknya diperhatikan dahulu baris-baris, tanda-tanda waqaf, dan hukum-hukum tajwid yang terdapat di dalamnya. Dan jangan memulakan hafazan melainkan setelah memperelokkan bacaan.
  • Dituntut juga supaya mendengar bacaan daripada guru ataupun memperdengarkan bacaan di hadapannya.
  • Membaca tafsir dan memahami pengertian ayat-ayat yang hendak dihafaz (walaupun sedikit @ sekadar termampu).
  • Jadikan khatam al-Quran sebagai amalan mingguan, bulanan atau sekadar mana yang termampu dilakukan, sekurang-kurangnya 2 kali khatam dalam setahun. (perlu diingatkan, amalan ini adalah tidak berkaitan dengan hafazan harian).
  • Jangan mulakan amalan seharian melainkan setelah membaca al-Quran. (saya teramat kagum dengan salah seorang bekas Syeikh saya semasa menuntut dahulu, di mana beliau tidak akan makan atau membuat perkara yang lain di awal pagi sehinggalah beliau menamatkan 3-5 juzuk bacaan!)
  • Syaratkan pada diri agar melakukan amalan-amalan tambahan yang lain; seperti berpuasa sunat, bersedekah, tolong menolong dan amalan-amalan utama yang lain.
  • Sebaik-baiknya jangan menggunakan mushaf yang kecil dan juga jangan sentiasa bertukar-tukar mushaf.
  • Membaca ayat-ayat yang telah dihafaz di dalam sembahyang, seperti sembahyang sunat. Alangkah baik lagi jika dibaca ketika menjadi imam, terutamanya waktu subuh atau juga sewaktu sembahyang terawih – di samping menjaga tertib dan juga tingkatan bacaan al-Quran.
  • Bersahabatlah dengan orang yang sentiasa dapat memberikan ingatan kepada kita tentang membaca al-Quran
  • Jika bersembahyang di belakang imam, dan kita menghafaz ayat yang dibacakan imam, maka jadilah seorang pendengar, bukan seorang penyemak. Jika diyakini imam tersalah atau terlupa bacaannya, berharaplah keampunan kepada Allah dengan hati yang tenang tanpa menegurnya. Namun jika dirasakan pada ketika itu imam memerlukan pertolongan, maka bantulah bacaan tersebut dengan niat memuliakan kalam Allah s.w.t. dan membantu hafazan imam.

Beberapa perkara yang berkaitan dengan hafazan, teknik, tatacara dan permasalahan yang lain, insya Allah akan dilanjutkan pada artikel yang akan datang.

3 Responses to “Panduan Umum Menghafaz al-Quran”

  1. mykrk says:

    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته أستاذ

    دولو سماس برسكوله عرب اڬق باڽق سورة يڠ ساي حفظ. تتاڤي ستله ماس برلالو دان عمور ساي كيني همڤير منججق ٤٠ تاهون، باڽق ڤولا يڠ تله ترلوڤا. سكارغ ساي هاث ممڤو استقامهكن ٥ سورة سهاج سهاري ياءيت الم سجدة، يس، الدخان، الواقعة دان الملك

    تولوڠ بري ساي موتبۏاسي @ انچامن ملوڤاكن القرءان ستله مڠحافظڽ سوڤاي داڤت مڠواتكن عزام ساي ماهو مڠحفظكنڽ كمبالي سبلوم ماتي، إن شاء الله

    جزاكم الله خيرا كڽيرا

  2. al-maniri says:

    assalamualaikum ustaz.. mcm mane nak peringat semula ayat al-quran hok telah lupa… kalu boleh nak tahu cara-cara.

  3. kacang buncis says:

    salam ust…sempat tak untuk saya hafal smula yang tak ingat,dlm 7juz lg…sy akan hadapi exam oktober ini…

Leave a Reply

logo
logo
Powered by Pakej Blog Wordpress | In Collaboration With KomenEbook.com