Rasulullah s.a.w. di dalam hadith Baginda telah menyebutkan (bermaksud): “Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam Kitab Allah, maka baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan adalah seperti sepuluh seumpamanya. Aku tidak katakan Alif, Lam, Mim itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.
Betapa besar dan banyaknya ganjaran yang Allah s.w.t. janjikan kepada hamba-Nya yang membaca akan kitab suci al-Quran. Sudah pasti bagi sesiapa yang impikan ganjaran yang berlipat ganda, tidak akan membuang masa yang ada dengan begitu sahaja. Membaca Alif Lam Min sahaja dengan niat dan hati yang bersih, akan mendapat 30 kebaikan, insya Allah.
Di dalam artikel ini dan akan datang, marilah sama-sama kita kongsi dan hayati bersama jumlah-jumlah ayat, dan juga huruf-huruf yang terdapat di dalam setiap surah di dalam al-Quran. Hayatilah dengan penuh azam dan keinsafan, semoga kita tidak akan terasa betapa ruginya kita apabila berada di akhirat sana. Pahala yang Allah s.w.t. janjikan tak terhitung sebenarnya!…
Surah al-Fatihah
Diturunkan di Makkah dan juga di Madinah, terkandung di dalamnya 7 ayat menurut ijma’ ulama’, sekalipun ada perselisihan tentang kedudukan Basmalah sama ada terhitung ataupun tidak. Permasalahan tentang Basmalah di awal surah al-Fatihah ini akan diterangkan pada artikel yang akan datang.
Mempunyai 29 kalimah dengan Basmalah, dan 25 kalimah tanpanya. Manakala bilangan hurufnya dengan Basmalah dan juga dengan bacaan (ملك) tanpa Alif adalah sebanyak 141 huruf. Apa yang perlu kita ketahui juga bahawa huruf yang dibuang pada penulisan Mushaf Uthmani adalah tidak dikira, akan tetapi ianya dikira pada bacaan. Di dalam surah ini, terdapat 6 huruf Alif yang tidak terdapat (dihazaf) pada penulisan iaitu huruf Alif pada kalimah:
Jadi, menurut perkiraan penulisan, surah ini mempunyai sebanyak 141 huruf, manakala dengan perkiraan bacaan adalah sebanyak 147 huruf.
Salam. Tahniah. Perbahasan tentang Ketahui Bilangan – Basmalah. Mohon diperjelaskan lagi. Ianya tidak menjadi masalah kepada yang ada ‘basic’ ttg Al-Qur’an. Akan tetapi ianya akan menjadi masalah kepada ‘hamba Allah’ yang baru mula mempelajarinya.