Undang-undang yang ada belum dapat lagi membasmi penjualan dan penyelewengan yang berlaku… Berhati-hati ketika membeli, mungkin kelihatan cantik, tetapi menyalahi peraturan… Artikel ini ada juga kaitannya dengan artikel sebelumnya, iaitu Roman vs Uthmani; saya ambil petikan berita dari akhbar Sinar Harian, edisi Terengganu 18 Jun 2009.
SEPANG – Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 180 tan pelbagai jenis barangan terdiri daripada teks dan bahan al-Quran palsu yang menyalahi Akta Percetakan Teks al-Quran 1986 (APTQ 1986).
Pengerusi Lembaga Pengawalan dan Perlesenan al-Quran, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, rampasan terbabit dilakukan di seluruh negara atas pelbagai kesalahan membabitkan penyalahgunaan ejaan dan tanda baca. “Sebanyak 8,375 unit pelbagai barangan seperti kitab agama, terjemahan, perhiasan dinding seperti jam dan bingkai mengandungi ayat al-Quran palsu berjaya dirampas dalam serbuan terakhir pada Jun sehingga Mei lalu membabitkan nilai rampasan berjumlah RM103,945.80″.
“Daripada 95 tan barangan yang dilupuskan terdapat pelbagai jenis al-Quran yang sudah lama dan telah rosak yang diperolehi daripada masjid-masjid di seluruh negara”, katanya pada sidang media di sini semalam. Sementara itu, sebanyak sembilan permohonan kelulusan teks al-Quran membabitkan empat syarikat ditolak kerana menyalahi APTQ 1986. Permohonan yang ditolak adalah Tafsir al-Quran di Radio (Mushaf dan Terjemahan) Juzuk 1, 2 dan 3 oleh Pustaka Salam Sdn. Bhd., al-Quran al-Karim oleh El-Sayed Mohmed Tolba Mohamed Khalil, al-Quran Digital (Multi Language Version For Holy Quran) oleh al-Azhar Marketing. Tiga permohonan oleh al-Hidayah House of Quran juga ditolak iaitu Amalan Surah-Surah Pilihan dan al-Quran al-Karim (Mushaf dan Terjemahan) manakala ENMAC Technology (M) Sdn. Bhd. menerima nasib serupa adalah permohonan bagi al-Quran Digital (E300) turut ditolak.
“Terdapat juga usaha pihak orientalis yang cuba menyebarkan dakyah mereka memutarbelitkan ayat al-Quran di internet apabila pihak kami mengesan kitab bertajuk Furqan Nur Haq di Amerika Syarikat yang mengubah maksud بسم الله الرحمن الرحيم kepada maksud dengan nama bapa. Kami memandang serius isu ini dan mencadangkan kepada pihak berkuasa supaya mengambil tindakan agar ianya tidak merosakkan akidah dan mengelirukan umat Islam negara ini”, katanya.
|admin| – seperti yang saya utarakan pada artikel lalu, kita sebagai pendakwah siber juga mesti menjaga kesucian bentuk penulisan al-Quran ini dengan apa cara termampu. Hingga kini belum ada lagi pemeriksaan yang khusus dari pihak berwajib, (mungkin juga kerana kurangnya daya sensitiviti dari semua pihak?!). Saya sendiri berharap akan ada akta khusus untuk bentuk penulisan di dalam blog dan laman web, mudah-mudahan kesalahan-kesalahan yang berlaku 10-15 tahun dahulu tidak akan berulang lagi. Akta hanya sekadar menyekat dan membasmi, tetapi apa yang lebih penting? Tidak lain tidak bukan, bukankah penghayatan kita sendiri?!… Justeru, sila ubah, update blog anda dan baiki kesalahan-kesalahan yang terlalu terang dan jelas dilakukan.
Jika ada sebarang permasalahan tentang bentuk @ kaedah penulisan sebelum membeli sesuatu barangan, bolehlah kemukakan kepada saya di ruangan sokongan. Berhati-hati sebelum membeli!…
Ultimate Internet Marketing Secret Exposed – Malaysia Internet Marketing
Excellent post I must say.. Simple but yet interesting and engaging.. Keep up the awesome work!
Set your life more simple get the http://lowest-rate-loans.com and everything you want.
I am happy to find so many useful information here in the post, we need develop more strategies in this regard, thanks for sharing. . . . . .
This is a good step to save paper. And will save the rain forests in Indonesia. Moreover, this will reduce the burden on the back of elementary school students. Of course this will make the traditional printing companies and governments in the third world into a panic because of their unpreparedness of information technology. . .
Hey Boss – its a nice blog, just looking around some blogs, seems a pretty nice platform you are using. I’m currently using Wordpress for a few of my sites but looking to change one of them over to a platform similar to yours as a trial run. Anything in particular you would recommend me about it?