logo

Begitulah Kasih Allah Pada Mereka

logo

Semalam (27 Mei 2009) saya dan seluruh warga Maahad/IQ dikejutkan dengan pemergian Allahyarhamah Marini, bekas pelajar saya sepanjang 98-2001… dan pada hari ini (28 Mei 2009) saya dikejutkan lagi dengan pemergian seorang lagi pelajar dewasa pengajian Kuliah al-Furqan, Haji Ismail @ Musa b. Mamat, yang sedang mengikuti Program Ulum al-Quran Tahap 2… begitu sebak dan sedih saya menerima khabar itu, mungkin kerana baru sahaja januari yang lalu seperti yang pernah saya paparkan tentang pemergian bekas-bekas pelajar yang pernah menuntut dengan saya… Namun begitulah ketetapan Ilahi pada mereka dan juga seluruh hamba-Nya…

Saya akan sentiasa mendoakan dan ingat pada mereka… dan begitulah juga saya harapkan kepada sahabat-sahabat dan pelajar-pelajar yang lain, agar kita sentiasa ingat akan tibanya saat dan waktu untuk kita dipanggil seperti mereka… percukupkanlah bekalan dan marilah kita bersama-sama memperbaiki kelemahan hafazan dan ayat-ayat yang telah kita lupa, selagi Allah masih memberikan kita ruang dan waktu untuk kita…

Mereka yang telah pergi juga adalah insan-insan yang baik dan dikasihi oleh semua, semoga keampunan dan syurga akan menjadi milik mereka… Amin… :cry:

2 Responses to “Begitulah Kasih Allah Pada Mereka”

  1. Nur_Syahadah says:

    Salam ustaz.Moga kita juga adalah hamba yang dikasihi olehNya di dunia dan di akhirat.amiin.

  2. sitifarahanie says:

    apa yg ust ckp ni btul..itulah yg rasai selama ini..krn,hati2 al-quran itu..tetap sama..&tetap serupa.. kematian adalah suatu peringatan yg diam..justeru,golongan al-quranlah yg pertama skali akan disoal. salam mujahadah ust..,smoga kita sama2 trgolong dalam golongan yg sedikit itu.. doakan kejayaan saya dnia akhirat.

Leave a Reply

logo
logo
Powered by Pakej Blog Wordpress | In Collaboration With KomenEbook.com