Tiga hari yang lepas saya menerima mesej dari pelajar-pelajar saya, selaku sahabat seperjuangan menyatakan tentang pemergian Allahyarham Mohd Hatta ke rahmatullah… saya terdiam, dan membalas kembali mesej-mesej yang bertalu-talu masuk… tanpa disedari juga bergenang air mata, mungkin teringatkan peribadi Allahyarham yang sepanjang saya mengenali beliau, amat baik dan menghormati saya dan juga kakitangan yang lain di IQ Terengganu… Saya tidak pernah mengajar arwah memandangkan program yang diikuti arwah adalah program Syahadah dan kebetulan pula saya sepenuh masa mengajar program Diploma, namun bagi saya dan rakan-rakan pensyarah di sini, beliau seorang yang berkeperibadian tinggi…
Pemergian beliau juga adalah pemergian insan yang keenam warga Maahad/IQ bagi saya… mungkin atas sebab itu, saya terdiam dan amat sedih dan segala-galanya seperti mimpi yang datang berterusan bermain-main di fikiran… Segalanya terkenang kembali… wajah-wajah pelajar saya di kelas pengajian dewasa, Allahyarham Kamaruddin Mohd., Kamaruddin Ali, Ayub Mohd dan juga Mohd Nor Awang… begitu juga dengan pelajar di program Syahadah, Allahyarham Azwan Shamsuddin dan juga terakhir, Mohd Hatta… Paling tak dapat saya lupakan dan hampir setiap hari saya di fikiran saya adalah Allahyarham Ust. Mohd Hafiz Kamil, rakan seperjuangan saya sebelum beliau meninggalkan kerjaya di Maahad 4-5 tahun yang lepas, mungkin antara mereka beliau adalah merupakan rakan sekerja berbanding yang lain selaku pelajar… namun mereka semua adalah insan yang baik dan menghormati sesama yang lain…
Saya sentiasa mengingati mereka-mereka yang telah pergi, tidak kira kaum keluarga, rakan seperjuangan dan juga pelajar/bekas pelajar… ternyata kita hanyalah seorang insan yang terlalu lemah, hanya dipinjamkan dunia, nyawa dan segalanya untuk diuji dan diberikan penilaian oleh Allah s.w.t. untuk dihitung di akhirat sana… Kepada yang telah pergi, sama-samalah kita berdoa dan memohon tempat yang baik dan mulia untuk mereka. dan kepada kita yang masih bernyawa di maya ini, marilah sama-sama kita menginsafi diri dan mengingati bahawa kita juga akan turut serta bersama mereka nanti… Sebaik-baik bekalan adalah ilmu dan amal yang tidak berbelah bahagi kepada manusia dan juga kepada Allah yang Maha Esa… Semoga kita semua sentiasa berusaha untuk menempatkan diri di kalangan mereka yang berada di bawah perlindunganNya di akhirat sana… Amin…
Al-Fatihah..semoga semuanya diberikan rahmat oleh Allah. Dan diberikan kekuatan untuk yang masih hidup.
semoga Allahyarham ditempatkan bersama para solihin.amin..al-fatihah
subhanallah…ALLAH mengambil nyawa mereka2 yang beriman..
semoga mereka ditempatkan di kalangan para solihin..amin