logo

Tentang Saya

Ahmad Radhi Razali

Di peringkat awal semasa menuntut sebagai pelajar di Maahad Tahfiz al-Quran, sentiasa terlibat dan mewakili maahad di dalam Majlis Hafazan Peringkat Negeri dan juga Kebangsaan, serta pernah menjadi johan di kedua-dua peringkat tersebut.

Kini bertugas sebagai Ketua Jabatan Pengajian Tahfiz di Institut al-Quran Terengganu (dahulu dikenali sebagai Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Terengganu), berpengalaman hampir 20 tahun dalam bidang tahfiz al-Quran, aktif dalam program-program peningkatan hafazan al-Quran, ceramah-ceramah, kursus-kursus dan sebagainya.

Juga sentiasa terlibat sebagai hakim tajwid, fasahah & juga munabbih di dalam Majlis-majlis Tilawah dan Hafazan peringkat daerah dan juga Negeri.

Turut serta juga dilantik pada tahun ini sebagai salah seorang Ahli Lembaga Penyemak al-Quran Terbitan Yayasan Islam Terengganu.

Bercita-cita dan berusaha untuk meningkatkan kesedaran umat Islam di dalam bacaan al-Quran.

eQuranic.com juga salah satu dari medium yang digunakan untuk menyebarkan ilmu tentang al-Quran kepada semua golongan yang ingin mendalami dan juga yang baru ingin mengenali tentang apa itu al-Quran.

logo
Powered by Pakej Blog Wordpress | In Collaboration With KomenEbook.com