logo

عيد الأضحى – كل عام وانتم بخير

logo

AidilAdha datang kembali, memberi isyarat kepada kita betapa pentingnya ikatan persaudaraan yang perlu ada sesama manusia. Mungkin secara dasarnya kita akan melihat perbezaan yang amat ketara di antara kedua hari besar di dalam Islam ini iaitu AidilFitri dan AidilAdha, namun jika diperhalusi, kedua-duanya mempunyai persamaan dari segi penghayatan dan pengabdian diri kepada Pencipta.

Kita berkorban melawan hawa nafsu, menahan diri dari melakukan perkara yang dilarang dan ditegah, kita sebenarnya membantu meningkatkan kekuatan diri sendiri. Kita berkorban harta dan wang ringgit, kita membantu meningkatkan kekuatan umat seagama. Semuanya saling bantu membantu. Dengan cara inilah Islam mendidik umatnya supaya agamanya tinggi dan mulia berbanding agama yang lain.

Kita masih lagi berada di dalam keadaan yang aman, makmur dan selamat, beruntung sekali hari kita tidak pernah diwarnai dengan dentuman perang dan juga jeritan manusia. Namun di sebalik kemakmuran yang dikurniakan kepada kita ini, sejauh manakah pengorbanan kita kepada saudara seagama kita yang lain?… Jika kita tidak pernah menghulurkan bantuan berupa fizikal dan material, apakah pernah kita mendoakan mereka dan mengingati kesusahannya?…

Berkorban bukan sahaja dengan harta, berkorban juga adalah usaha dari dalam diri yang luhur untuk meninggikan syiar agama di dalam segala aspek bermula dari dalam diri sendiri sehinggalah kepada kesyumulan agama. Berkorbanlah apa yang terdaya, selama mana kita masih mengerti dan memahami apa itu erti pengorbanan, kepada diri dan juga kepada yang lain. Sesungguhnya masa akan begitu pantas berlalu dan meninggalkan kita. Untuk apa lagi kita terus berlengah dan bertangguh-tangguh di dalam memperbaiki diri dan umat manusia.

Semoga pengorbanan yang dilakukan akan menjadikan kita sentiasa berubah ke arah kebaikan.

Salam Aidil Adha;

Leave a Reply

logo
logo
Powered by Pakej Blog Wordpress | In Collaboration With KomenEbook.com